News

Lebuhraya Karak and Pantai Timur akan menawarkan diskaun tol 10% sempena perayaan Tahun Baru Cina

Honda_CR-V_Media_drive (5)

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan bermula pada 8 Februari ini, ANIH Berhad, syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) akan menawarkan diskaun tol 10% kepada pengguna lebuh raya yang membuat bayaran secara elektronik (ETC).

Pengarah ANIH Berhad, En Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, pemberian diskaun tol itu akan bermula jam 12.00 pagi sehingga 11.59 malam pada 8 Februari. Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya menyasarkan 2.18 juta kenderaan yang akan menggunakan KLK dan LPT 1 sepanjang tempoh sambutan itu bakal menerima manfaat diskaun terbabit.

“Ia bagi menyambut seruan kerajaan supaya syarikat konsesi melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing sebagai tanda penghargaan kepada pengguna lebuh raya. Pemberian diskaun ini ialah kesinambungan program tanggungjawab sosial syarikat terbabit kepada pengguna jalan raya, seperti yang dilakukan pada musim perayaan lain termasuk Aidilfitri, Deepavali dan Krismas.”

“Justeru, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut jumlah diskaun terbabit dengan melayari portal ANIH Berhad di www.anihberhad.com atau menerusi laman Twitter di www.twitter.com/lpttrafik dan papan tanda elektronik di lokasi strategik di lebuh raya,” katanya.

ANIH menjangkakan kira-kira sejumlah 1.9 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya KLK dan LPT1 dalam tempoh 7 hari sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini berbanding sekitar 150,000 kenderaan sehari pada hari biasa.

Katanya, peningkatan jumlah kenderaan itu menunjukkan kesesakan aliran trafik akan berlaku, namun pihaknya menasihatkan orang ramai mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) di bawah bagi melancarkan perjalanan mereka. Menurutnya, pendekatan terbabit diharap dapat mengurangkan kesesakan melampau khususnya pada waktu kemuncak selain memastikan perjalanan orang ramai lancar, cekap dan selamat sampai ke destinasi.

tta_cny (1)