News

ANIH jangka 1.9 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya KLK & LPT1 sempena sambutan Tahun Baru Cina

ANIH Toll Plaza

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada Isnin ini, ANIH Berhad, syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) menjangkakan kira-kira sejumlah 1.9 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya KLK dan LPT1 dalam tempoh sepuluh hari sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini berbanding sekitar 150,000 kenderaan sehari pada hari biasa.

Susulan jangkaan berlakunya peningkatan jumlah kenderaan itu, ANIH Berhad menasihatkan pengguna agar mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan bagi melancarkan perjalanan mereka. TTA diharap dapat mengurangkan kesesakan melampau khususnya pada waktu puncak selain memastikan perjalanan pengguna lancar, cekap dan selamat untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Oleh itu, ANIH Berhad komited memastikan Lebuhraya KLK dan LPT 1 sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan termasuk memenuhi tahap kualiti lebuh raya berdasarkan garis panduan dan piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Lebuhraya Pantai Timur

Bagi tujuan keselesaan pengguna dan kelancaran trafik, ANIH Berhad turut menyediakan 420 orang kakitangan tol dan 38 pasukan rela bagi melancarkan aliran trafik di 11 Plaza Tol, bermula dari Gombak, Bentong, Karak, Lanchang, Temerloh, Chenor, Maran, Sri Jaya, Gambang, Kuantan dan Jabor.

Disamping itu, sempena perayaan Tahun Baru Cina pada 8 Februari ini, ANIH Berhad juga akan menawarkan diskaun tol 10 peratus kepada pengguna Lebuhraya KLK dan LPT 1 yang membuat bayaran secara elektronik (ETC). Pemberian diskaun tol itu akan bermula jam 12.00 pagi sehingga 11.59 malam. Pengguna juga disarankan untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) yang terletak di Plaza Tol Gombak dan Bentong untuk menambah nilai kad Touch n Go masing-masing. Pengguna juga boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan yang disediakan di kawasan rawat dan rehat (R&R) di sepanjang KLK dan LPT 1.

tta_cny (1)

Image source: Lebuhraya Pantai Timur FB Page