Bikes, News

Yamaha melancarkan MT-10 di Milan!

2016_Yamaha_MT10_9

Original article here.

Yamaha telah memperkenalkan motosikal prestasi tinggi terbaru yang dikenali sebagai MT-10. Motosikal ini menggunakan casis dan sistem elektronik Yamaha YZF-R1.

2016-Yamaha-MT-10-18

Yamaha MT-10 ini melengkapkan rangkaian MT mereka, dengan keupayaan enjin yang bermula dari 125 cc hingga 1,000 cc.

2016-Yamaha-MT-10-17

Motosikal prestasi tinggi ini menggunakan enjin R1, iaitu enjin 998 cc empat silinder dengan kuasa 165 bhp and kuasa tork adalah 101 Nm. Yamaha MT-10 ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri R1, seperti kawalan cengkaman tiga tahap, tiga mod menunggang dengan menggunakan Yamaha ‘D-Mode” dan juga kawalan pelayaran.

2016-Yamaha-MT-10-15

Jarak roda Yamaha MT-10 hanya 1,400 mm. Ini adalah baik untuk kehandalan yang lincah. Yamaha MT-10 dilengkapi dengan dua brek cakera depan dengan fungsi ABS. Tangki minyak pula lebih besar jika dibandingkan dengan YZF-R1, iaitu 17 liter.

2016-Yamaha-MT-10-12

Ciri-ciri lain termasuk kedudukan menunggang yang optimum, sistem suspensi R1, rim alumium ringan, lampu LED untuk ‘position light’.