CSR, News

Perodua Sumbang RM21,000 Kepada 7 Surau di Selangor

DSC_5035

Dalam menghormati dan meraikan kedatangan bulan Ramadan, Perodua melalui program Ihya Ramadan telah menyumbang wang tunai sebanyak RM21,000 kepada 7 buah surau di Selangor untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan di sepanjang bulan puasa.

“Kami percaya melalui program sebegini, kita dapat membantu institusi badan agama Islam ini menampung program-program yang akan mereka jalankan di sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.” Perodua Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata.

“Usaha sebegini akan dilakukan berterusan dalam mengukuhkan persaudaraan dan seterusnya membina masyarakat ke arah yang lebih baik,” kata Aminar.

DSC_5007 (1)

Program Ihya Ramadan adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Perodua dalam usaha untuk mendekati masyarakat, khususnya melalui surau-surau yang berdekatan.

Surau-surau terpilih yang menerima sumbangan ialah Surau An-Nur, Bukit Beruntung, Surau Kampung Padang, Sg. Choh, Surau Hidayatul Mustaqim, Serendah, Surau Al-Ikhlas, Sg. Buaya, Surau Al-Rashidin, Bukit Beruntung, Surau As Soodiqin, Bukit Beruntung dan Surau Al-Ittihadiah, Shah Alam.

Turut hadir Pengerusi Badan Agama Islam Perodua (BAIP), Encik Noor Hashiman Sulaiman dan Ustaz Fauzi Abdul Hamid, Ketua Hal Ehwal Agama Islam Perodua.

Tags