News

Ford M’sia melancarkan Ranger 4×4 baharu, harga bermula RM91,588!

Ford Ranger Launch (2)

Ford baru sahaja melancarkan Ranger yang lebih lasak, pintar dan efisien di Malaysia. Trak pikap itu akan berada di semua bilik pameran Ford di seluruh negara mulai esok.

Kuasa, kemampuan dan kapasiti mengangkut beban serta menunda Ranger baharu yang mengagumkan dapat direalisasikan menerusi penggunaan enjin-enjin yang dipadankan dengan kotak gear manual atau automatik enam kelajuan. Kesemua empat enjin yang ada menawarkan pelanggan Ranger kombinasi terbaik dari segi kuasa dan kecekapan dalam apa jua keadaan. Selain mengotakan janji Ford untuk memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.

Ford Ranger Wildtrak (2)

Untuk kuasa dan tork maksimum bagi tujuan menunda, Ford menawarkan enjin diesel generasi terkini 3.2 liter Duratorq lima silinder TDCi. Antara penambahbaikan yang diterima oleh enjin ini adalah sistem kitaran semula gas ekzos.Ia membantu meningkatkan penjimatan bahan api sehingga 12%, pada masa yang sama mampu menjana kuasa mencecah 200PS dan tork setinggi 470Nm.

Pelanggan juga boleh memilih enjin diesel 2.2 liter Duratorq empat silinder TDCi generasi terkini Ford yang menawarkan penjimatan bahan api dan kelancaran yang signifikan. Enjin itu mampu menghasilkan kuasa 160PS tork 385Nm – lebih peningkatan dari segi kuasa dan tork berbanding enjin 2.2 liter pada Ranger sekarang.

Ford Ranger Wildtrak (1)

Kemampuan dan kehalusan buatan

Dengan kemampuan mengharung air sehingga kedalaman 800mm dan jarak kelegaan tanah 230mm yang mendahului kelasnya, Ranger baharu ialah sebuah trak pikap yang paling lasak di Malaysia. Terima kasih kepada sudut mendekat 28 darjah dan sudut pelepasan 25 darjah, pemandu Ranger baharu direka dan dibina untuk menempuh apa jua laluan paling ekstrem dengan mudah.

Ford Ranger Wildtrak (9)

Transfer case kukuh yang dikawal secara elektronik membolehkan pemandu Ranger varian 4×4 menukar daripada pacuan 4×2 kepada 4×4 ketika kenderaan masih bergerak dengan hanya memutar satu tombol pada konsol tengah. Untuk mendapatkan kuasa tork pada kelajuan rendah atau brek tambahan ketika menuruni bukit, pemandu boleh menggunakan gear 4×4 jarak pendek. Manakala ciri differential lock elektronik pada roda belakang membantu meningkatkan cengkaman apabila berdepan situasi sukar. Kekuatan di laluan off-road ini dipadankan dengan keupayaan menunda sehingga 3,500kg serta kapasiti mengangkut beban yang luar biasa mencecah 1,200kg.

Ranger mampu mencapai semua ini dengan tahap kelancaran yang jarang ada dalam segmen trak pikap.Ketika Ranger sedia ada sudah pun menetapkan standard dari segi pemanduan dan pengendalian, pasukan jurutera Ford telah menambah baik talaan suspensinya untuk memberi keselesaan serta pengendalian yang lebih baik.

Ford Ranger (12)

Pengalaman pemanduannya dipertingkatkan lagi menerusi sistem stereng bantuan kuasa elektrik (EPAS).Ia menawarkan rasa stereng yang tepat, semula jadi dan meyakinkan. Dengan EPAS, stereng berasa ringan dan mudah dikendalikan ketika mengubah haluan pada kelajuan rendah seperti memasuki ruang parkir. Stereng akan menjadi lebih tepat apabila dipandu pada kelajuan tinggi. Bantuan ini akan diberi apabila diperlukan berdasarkan kepada kelajuan, sudut stereng, kuasa ketika membelok, memecut dan nyahpecutan.

Paling pintar dalam kelasnya

Dilengkapi dengan rangkaian teknologi pintar, ciri-ciri Ranger yang intuitif membuatkan apa jua tugas menjadi semakin mudah. Varian berprestasi tinggi WildTrak menampilkan sistem ketersambungan di dalam kereta generasi terkini Ford, SYNC 2yang terdiri daripada satu skrin sentuh berwarna bersaiz lapan inci untuk mengawal telefon, hiburan dan suhu dengan menggunakan sistem arahan suara yang mudah.

Ford Ranger Wildtrak (6)

Dengan teknologi bebas tangan termaju Ford, para pemandu boleh mematuhi peraturan jalan raya dan kekal berhubung.Varian XLT yang popular juga dilengkapi ciri SYNC bersama paparan bersaiz 4.2inci.

Satu lagi ciri yang pertama dalam segmennya dan dipasang pada Ranger baharu ialah sistem MyKey Ford yang eksklusif. Sistem ini membolehkan pelbagai ciri diprogramkan. Misalnya menetapkan had kelajuan maksimum, amaran memakai tali pinggang keledar dan volum maksimum untuk sistem audio.

Semua ciri ini direka untuk kemudahan pemandu. Ranger baharu merupakan satu-satunya trak pikap di Malaysia yang dilengkapi alat pengesan parkir di bahagian hadapan dan belakangnya. Ia turut menampilkan ciri Front dan Rear Park Assist serta kamera mengundur yang memberikan pandangan lebih jelas. Ia pastinya sangat berguna terutama ketika hendak masuk ke ruang parkir dan menarik trailer!

Harga dan Warna

Harga rasmi Ranger di Semenanjung Malaysia termasuk Ranger XL yang berharga dari RM91,588 seunit di atas jalan, Ranger XLT yang berharga dari RM101,388 seunit di atas jalan, dan 3.2L Ranger WildTrak pada harga RM132,188.

Ford Ranger (2)

Para pelanggan Ranger boleh memilih daripada enam warna, seperti Pride Orange, Cool White, Metropolitan Grey, Aluminium Metallic, Black Mica and Aurora Blue.