News

Kenyataan Mercedes-Benz Malaysia mengenai S400L Hybrid terbakar

S400L_Hybrid-Burnt_3

Original AF article here.

(Translated by Omar V.)

Mengenai foto-foto Mercedes-Benz S400L Hybrid yang terbakar baru-baru ini telah tersebar di laman-laman media sosial, dan Mercedes – Benz Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai perkara ini.

Mercedes-Benz_S400L_Hybrid_Fire_2

Kenyataan daripada Mercedes – Benz adalah seperti yang berikut.

Kami telah dimaklumkan berkenaan dengan insiden yang melibatkan Hybrid S400L yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan pagi ini. Mercedes- Benz Malaysia menganggap perkara ini sebagai satu perkara yang serius. Pasukan teknikal kami sedang menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kenderaan tersebut, dan juga penyebab kepada insiden terbabit. Kami memberikan jaminan kepada para pelanggan bahawa kami mengutamakan keselamatan dan Mercedes- Benz Malaysia berpegang kepada prinsip mengekalkan tahap keselamatan yang tertinggi.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pusat Layanan Pelanggan Mercedes- Benz Malaysia di talian: 1-800-88-1133 dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang dan / atau melawat ke pusat perkhidmatan yang terdekat.

Kami akan mengemaskini jika terdapat sebarang maklumat terkini, jadi sila tunggu!