News

Proton Lancarkan Model Saga Generasi Ketiga, Dari Harga RM37k hingga RM46k

2016 Proton Saga - 2

Proton baru sahaja melancarkan Proton Saga generasi ke-3 yang boleh didapati dalam 3 varian iaitu Standard (MT dan AT), Executive dan Premium (dengan atau tanpa bodykit).

Harga bagi varian 1.3 Standard MT ialah RM37,800 manakala harga bagi 1.3 Standard CVT ialah RM40,800. Varian 1.3 Executive CVT pula berharga RM43,800 manakala varian 1.3 Premium CVT berharga RM46,800.

2016 Proton Saga - 5

Proton Saga terbaru ini dikuasakan dengan engin 1.3-liter Campro VVT 4-silinder yang mampu menjana 94hp dan tork maksima 120Nm. Ia boleh didapati dalam transmisi manual 5-kelajuan atau CVT. Menurut Proton, Saga yang didatangkan dengan transmisi manual mampu mencatat 0-100km/j dalam masa 12.2 saat manakala varian CVT pula akan mengambil masa 13.2 saat – 0.8 saat (manual) dan 1.4 saat (CVT) lebih laju dari model sebelumnya.

2016 Proton Saga - 6

Enjin VVT baru ini menawarkan penjimatan bahan api serendah 12 sehingga 14 peratus dengan mencatatkan penggunaan petrol 5.4L/100km berbanding 6.0L/100km sebelum ini pada varian MT, dan 5.6L/100km berbanding 6.3L/100km sebelum ini pada varian CVT, apabila dipandu pada kelajuan 90km/h. Saga baru ini juga dilengkapi dengan ciri bantuan pemanduan Eco untuk membantu pemandu mengekalkan gaya pemanduan menjimatkan.

Pemilik Saga terbaru turut berpeluang merasai suasana kabin lebih senyap kerana perubahan dilakukan pada 3-poin mounting enjin yang memberi kesan kepada pengurangan bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH).

Dari segi dimensi, Proton Saga mempunyai jarak roda yang sama (2,465 mm) tetapi lebih panjang pada 4,331 mm (+74mm), lebih lebar pada 1,689 mm (+9mm), dan lebih rendah pada 1,491 mm (-11mm). Walaupun ia di dalam kategori segmen A, Proton Saga baru ini lebih besar daripada Perodua Bezza and mampu memberikan keselesaan kabin lebih baik berbanding model terdahulu. Model ini juga turut direka dengan ruang bagasi lebih besar daripada 413L sebelum ini kepada 420L yang mampu memuatkan dua bagasi sederhana dan dua bagasi bersaiz kecil.

2016 Proton Saga - 9

Sebagai sebuah kereta segmen A, Saga baharu juga menawarkan pelbagai penambahbaikan lain untuk keselesaan dan kesenangan pelanggan. Ia dilengkapi dengan 2 pengecaj USB di belakang, radio/ CD/ MP3, Bluetooth, 10 ruang simpanan, 2 pemegang cawan, 4 pemegang botol, pelaras ketinggian tempat duduk pemandu, pelaras stereng dan tempat duduk belakang boleh lipat untuk semua varian.

Dalam segi penggayaan pula, Saga baru ini dilengakapi 2 lampu kombi belakang dan lampu kabus belakang, manakala varian Executive dan Premium dilengkapi dengan ciri-ciri lebih bergaya seperti spoiler dan rim aloi.

2016_Proton_Saga_Launch (3)

Proton Saga terbaru ini juga mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan yang melayakkan semua varian mendapat penarafan keselamatan 4-bintang ASEAN NCAP berbanding 3-bintang sebelumnya. Semua variannya dilengkapi dengan sensor parkir, 2 beg udara di hadapan, ISOFIX dan top tether. Sementara itu, varian Premium dan Executive menawarkan ciri-ciri keselamatan menyeluruh seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Traksi (TC), Bantuan Daki Cerun (HHA) dan kamera belakang boleh didapati dalam varian Premium.

2016_Proton_Saga_Launch (2)

Unit-unit bagi 2016 Proton Saga serba baharu kini boleh dipandu uji dan dibuka untuk tempahan di semua cawangan Proton Edar di seluruh negara. Lawati bilik pameran Proton yang terdekat dengan anda untuk memandu uji model baharu ini!

Untuk maklumat lanjut, layari www.proton.com.