Perodua, sempena meraikan keberkatan bulan Ramadan tahun ini, telah menyumbang sebanyak RM10,000 melalui program Iftar Ramadan kepada 2 buah institusi pendidikan Islam, iaitu Maahad Tahfiz Nurul Iman Serendah dan Sekolah Rendah Agama Serendah.
President dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, YBhg Datuk Aminar Rashid berkata, “Sumbangan ini adalah untuk membantu dua buah institusi ini menaiktaraf serta menambahbaik kemudahan untuk keperluan anak-anak yang menuntut di situ.”
“Kami amat gembira dan berbesar hati untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan kerana kami percaya rezeki yang diterima haruslah dikongsi bersama.”
Perodua turut menyerahkan duit raya kepada 83 orang anak-anak pada majlis yang sama.
“Kami berharap agar sumbangan duit raya ini memberi sedikit senyuman dan keceriaan kepada mereka dalam meraikan kedatangan Aidil Fitri yang bakal tiba,” kata Aminar lagi.