News

Proton Memperkenalkan Perdana Generasi ke-4! [Galeri + Video]

DSC_6163

Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Proton baru sahaja memperkenalkan Proton Perdana generasi ke-4 baharu, sebuah kereta segmen D yang dinanti-nantikan kemunculannya oleh peminat Proton di seluruh Malaysia!

Boleh didapati dalam dua variasi; 2.0 dan 2.4, Proton Perdana yang terbaru ini menampilkan kereta sedan eksekutif yang sofistikated serta bergaya.

Proton Perdana 2016 - 4

Accord Buatan Malaysia?

Dibina oleh Proton melalui kerjasama strategik bersama Honda Japan Ltd di bawah inisiatif perkongsian platform, Perdana baharu ini telah dipertingkatkan dari segi pengendalian kereta dan keselesaan. Di samping itu, Proton juga telah membuat penambahbaikan dari segi estetik dan aerodinamik untuk memenuhi keperluan pasaran semasa.

Perdana baharu 2.0 didatangkan dengan enjin SOHC 4 silinder 16 injap yang menghasilkan 154 kuasa kuda dan 189Nm tork, manakala bagi Perdana 2.4 pula didatangkan enjin DOHC dengan 4 silinder 16 injap yang menghasilkan 178 kuasa kuda dan 222Nm tork.

Proton Perdana 2016 - 14

Pada bahagian luaran, Proton Perdana tampil bergaya dengan ciri berkelas tinggi dan aerodinamik. Ia mempunyai “sayap” jeriji depan yang tersendiri, lampu utama projector HID, gabungan lampu belakang LED serta roda aloi 17-inch.

Di bahagian kabin pula, ruangan dalamannya diperhalusi dengan kerusi multi-kontur dan ruang kaki serta kepala yang luas. Anda juga boleh mendapati penghawa dingin dua zon, sensor parkir kereta depan belakang beserta kamera undur, serta ciri-ciri lain yang menjadikan kereta ini seronok dan selesa dipandu.

Proton Perdana 2016 - 5

Dari aspek keselamatan pula, ciri-ciri yang memudahkan pemanduan dengan suspensi wishbone bebas yang berganda di bahagian hadapan untuk meningkatkan daya cengkaman dan kestabilan yang lebih baik apabila membrek. Tidak kurang juga ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif bagi memastikan perlindungan optimum untuk kedua-dua pemandu dan penumpang seperti beg udara dual SRS, beg udara dual bahagian tepi, ABD dan EBD, ESC, ISOFIX dan Top Tether, tali pinggang keledar pra-regangan dan sebagainya.

Selain itu, Proton Perdana baharu ini turut dilengkapi dengan sistem navigasi GPS dan maklumat hiburan yang terkini untuk membenarkan pengguna mengoptimumkan dan menyesuaikan persekitaran pemanduan, menjadikan perjalanan lebih selesa dan yakin.

DSC_6198

Proton Perdana generasi ke-4 ini boleh didapati dalam lima jenis warna iaitu “Sterling Silver”, “Graphite Grey”, “Cotton White”, “Midnight Black” dan “Citrine Gold” untuk kedua-dua varian. Selain itu, ia juga boleh didapati dalam warna terbaharu, “Ruby Red” seperti yang anda dapat lihat di dalam galeri di bawah. Cantik kan?

Proton Perdana 2016 - 13

Ha, jika anda sudah terpikat dan berminat untuk memiliki Proton Perdana terbaru ni, kunjungi bilik pameran Proton Edar yang terdekat di rumah anda untuk membuat tempahan dengan RM1,000 deposit sahaja. Pandu uji kereta Perdana hanya boleh dilakukan di bilik pameran Proton yang terpilih dan pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1 800 888 398 untuk maklumat lanjut mengenai cawangan Proton yang terdekat bagi memandu uji Perdana generasi ke-4 baharu.

Harga Proton Perdana generasi ke-4 adalah seperti berikut:

Semenanjung Malaysia

  • 2.0L Premium – RM 113,888.00/ Metallic
                                  – RM 113,438.00/ Solid
  • 2.4L Premium – RM 138,888.00/ Metallic
                                  – RM 138,438.00/ Solid

Sabah dan Sarawak

  • 2.0L Premium – RM 115,888.00/ Metallic
                                  – RM 115,438.00/ Solid
  • 2.4L Premium – RM 140,888.00/ Metallic
                                  – RM 140,438.00/ Solid

Labuan 

  • 2.0L Premium – RM 107,420.00/ Metallic
                                  – RM 106,970.00/ Solid
  • 2.4L Premium – RM 130,580.00/ Metallic
                                  – RM 130,130.00/ Solid

Langkawi 

  • 2.0L Premium – RM 106,710.00/ Metallic
                                  – RM 106,260.00/ Solid
  • 2.4L Premium – RM 129,960.00/ Metallic
                                  – RM 129,510.00/ Solid

Untuk pengetahuan anda, sejak Proton Perdana baharu ini dibuka untuk tempahan pada Februari yang lalu, Proton telah menerima kira-kira 900 tempahan dari seluruh negara. Mereka jangka untuk menjual kira-kira 3,000 buah kereta pada akhir tahun ini.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Proton Perdana terbaharu, layari www.protonperdana.com.

https://www.youtube.com/watch?v=sFVu2vn5b5s